Latar belakang Operasi_Tiderace

Dengan berlakunya pencerobohan Manchuria oleh pihak Soviet Union dan rancangan Amerika Syarikat untuk menyerang Jepun, Pemerintahan Asia Tenggara mula membuat rancangan, Operation Zipper, untuk menyerang Tanah Melayu. Dengan kekuatan melebihi 100,000 orang infantri Bersekutu,[5] Zipper merangkumi rancangan untuk menawan Port Swettenham dan Port Dickson, dan akan melibatkan serangan udara dengan lebih daripada 500 pesawat milik Tentera Udara Diraja British. Serangan dijadual untuk berlangsung pada 9 September 1945, akan tetapi dipinda berikutan Penyerahan kalah Jepun.[6]

Operasi Tiderace mula dirancang seketika selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki dengan bom atom. Perancangan daruruat dilakukan buat pendudukan pantas Singapura pada tarikh awal sekiranya Jepun mempersetujui syarat-syarat Pengisytiharan Potsdam bertarikh 26 Julai.[7]

Sementara Operasi Zipper dilaksanakan awal dari tarikh yang dirancang, ia dilaksanakan pada skala yang lebih kecil selepas memindahkan sebahagian kekuatan angkatannya kepada Operasi Tiderace. Konvoi terdiri daripada lebih kurang 90 buah kapal,[3] termasuk dua buah kapal tempur (battleship), HMS Nelson dan Richelieu, kapal tempur milik Perancis.[8] Penjajap berat HMS Sussex bertindak sebagai kapal laksamana.[9] HMAS Hawkesbury merupakan kapal perang Australia tunggal semasa penyerahan kalah Jepun dan mengiringi pengangkut repatriasi Duntroon.[10]

Terdapat tuujuh buah pengangkut pesawat pengiring: HMS Ameer, HMS Attacker, HMS Emperor, HMS Empress, HMS Hunter, HMS Khedive dan HMS Stalker.[11]

Armada tentera laut Jepun di Singapura terdairi daripada kapal pembinasa Kamikaze[12] dan dua buah penjajap, Myōkō dan Takao, kedua-duanya rosak teruk sehinggakan kapal-kapal ini digunakan sebagai bateri antipesawat terapung. Dua buah U-boot bekas milikan Jerman, I-501 dan I-502 juga berada di Singapura.[13] Kedua-dua kapal selam ini tertambat di Pangkalan Laut Singapura.[14] Kekuatan udara di Malaya dan Sumatera dianggarkan tidak lebih daripada 170 buah pesawat.[15]

Rujukan

WikiPedia: Operasi_Tiderace http://www.navy.gov.au/hmas-hawkesbury-i http://www.combinedfleet.com/I-501.htm http://www.combinedfleet.com/I-502.htm http://www.combinedfleet.com/kamika_t.htm http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-06CA-Susse... http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-06CL-Cleop... http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-10DD-52R-R... http://staff.science.nus.edu.sg/~sivasothi/blog/pd... http://www.royalnavyresearcharchive.org.uk/ESCORT/... http://www.royalnavyresearcharchive.org.uk/ESCORT/...